GEORGE TOWN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tasek Gelugor menyokong penuh tindakan Lembaga Disiplin parti itu untuk memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. Ketua Bahagian Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang berkata, sehubungan itu, mereka tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung pemecatan Wan Saiful yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Bersatu. “Kami (Bersatu Bahagian Tasek Gelugor) tidak akan membuat rayuan kerana tindakan beliau (Wan Saiful)…