Benarkan penjualan kit ujian kendiri influenza di farmasi

Benarkan penjualan kit ujian kendiri influenza di farmasi

AMRAHI BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mempertimbangkan penjualan kit ujian kendiri influenza di pasaran sebagaimana pelaksanaan kit ujian kendiri Covid-19 yang telah terbukti berkesan dalam menangani pandemik sebelum ini.

Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, langkah itu penting bagi membendung penularan virus tersebut yang boleh merebak dengan pantas.

Katanya, ketika ini tiada kit ujian kendiri influenza yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

“Ini bermaksud bahawa semua kit ujian kendiri yang berada di pasaran termasuk di media sosial adalah tidak sah untuk kegunaan orang awam.

“Kerajaan sewajarnya meneliti keberkesanan kit ujian kendiri yang ada di pasaran dunia memandangkan Malaysia kini berdepan peningkatan jangkitan influenza, termasuk dalam kalangan murid sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amrahi berkata, kit ujian kendiri itu disifatkan penting disebabkan jangkitan influenza lebih lama berbanding jangkitan Covid-19 selain lokasi Malaysia yang berdekatan garisan khatulistiwa menyebabkan penularan penyakit itu boleh berlaku  sepanjang tahun.

“Kesan penularan yang lewat ini menyebabkan penularan yang luas hingga menyesakkan Jabatan Kecemasan hospital kerajaan. Kesan teruk jangkitan disebabkan kelewatan mengesan virus influenza ini.

“Apa yang kerap berlaku sekarang adalah para pesakit hanya mengetahuinya apabila mereka berjumpa doktor untuk rawatan gejala-gejala penyakit tersebut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN