KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat melebihi RM25,000, beberapa bulan lalu. Tertuduh, Roziyanti Hussin, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Azrul Darus. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bekerja di sebuah syarikat hartanah didakwa melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang berjumlah RM25,359.95 daripada akaun syarikat itu ke akaun…