PETALING JAYA: Bekalan elektrik yang terputus di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya, Kepong dan Kuala Lumpur sejak kira-kira pukul 4.20 petang tadi dilaporkan mula pulih secara berperingkat menjelang jam 5 petang.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bekalan elektrik di Amcorp Mall telah berjaya kembali sekitar pukul 5:21 petang tadi.
Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Taman Jaya juga dilihat tidak terjejas susulan gangguan bekalan elektrik dan keadaan terkawal seperti biasa.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di platform Facebook berkata, pasukan teknikal sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan. – UTUSAN








