PETALING JAYA: Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru, Johor mengalami gangguan bekalan elektrik petang ini susulan insiden melibatkan Stesen Penjana Bebas Edra Power Plant di Melaka.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan, gangguan berpunca daripada pelantikan (tripping) di loji berkenaan, sekali gus memberi kesan kepada bekalan elektrik ke kawasan terlibat.
Menurut TNB, pasukan teknikal syarikat sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan secara berperingkat untuk memastikan semua pengguna yang terjejas menerima semula bekalan dalam masa terdekat.
“TNB turut menasihatkan orang awam agar segera melaporkan sebarang gangguan bekalan dengan menghubungi talian TNB Careline: 15454 atau mesej terus di Facebook TNB Careline serta akaun X (Twitter) @Tenaga_Nasional.
“Pengguna juga boleh menyalurkan aduan kepada E-mel kepada [email protected],” katanya dalam kenyataan di platform Facebook.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan sekiranya berlaku gangguan bekalan terutama di kawasan yang bergantung kepada tenaga elektrik untuk operasi harian seperti hospital dan pusat perniagaan. – UTUSAN









