PETALING JAYA: Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman, mencuri perhatian apabila tampil menawan dalam majlis persandingan di Johor pada Sabtu.
Memilih tema Melayu tradisional, dewan persandingan dihiasi dengan dekorasi ala istana lama dan sentuhan warna merah kelabu.
Bagi melengkapi tema tersebut, kedua-dua pengantin dilihat mengenakan pakaian berwarna champagne rekaan pereka terkenal, Fiziwoo.
Amira atau Nadia Amira Othman, 31, anggun dengan baju kurung moden yang dihiasi sulaman halus, manakala suaminya, Fattah tampak tampan dalam baju Melayu teluk belanga.
Kedua-duanya manis berjalan masuk sambil berpimpin tangan menuju pelamin.
Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada rakan penyanyi, Haziq Rosebi dan Nabila Razali, yang menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu popular.
“Barulah betul kahwin dengan orang Johor? pakai baju teluk belanga,” tulis satu komen.
“Serba serbu cantik bagai pinang dibelah dua,” tulis satu peminat.
“Cantik pula pelamin warna macam mereka ini,” tulis komen yang lain.
Terdahulu, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September.
Majlis pernikahan diadakan di Dewan Utama, Golden Palm Tree Bagan Lalang. -UTUSAN