PETALING JAYA: Sebanyak lima buah trak bantuan kemanusiaan milik Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berjaya tiba ke dalam Gaza selepas lintasan Rafah dibuka semula, Rabu lalu. Daripada jumlah itu, empat trak membawa 80 tan tepung manakala sebuah lagi trak membawa 1,000 pek makanan, dengan keseluruhan nilai bantuan berjumlah RM360,000. Menurut Pengurus Kanan Projek MyCARE, Kamarul Halim Sakrani, rakan pelaksana di Mesir, Al-Khyr, memaklumkan bahawa dua trak pertama yang membawa 40 tan…