PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak yang akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena sambutan Aidilfitri. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan sama turut diberikan kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250 seorang. “Bantuan khas ini diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat bakti penjawat awam serta bagi membantu…