Banjir: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang

Banjir: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebanyak tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah di Pulau Pinang setakat pukul 1 tengah hari tadi bagi menempatkan seramai 469 mangsa banjir dari 156 keluarga.

Menurut laman sesawang info bencana JKM, bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU), tiga buah PPS telah dibuka untuk menempatkan seramai 404 mangsa dari 116 keluarga.

“Di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula, tiga PPS dibuka untuk menempatkan seramai 43 mangsa dari 32 keluarga. Selain itu, satu PPS turut dibuka di daerah Barat Daya untuk menempatkan seramai 22 mangsa dari lapan keluarga,” katanya di sini, hari ini.

Kesemua mangsa setakat ini terdiri daripada 161 lelaki dewasa, 141 perempuan dewasa, 83 kanak-kanak lelaki, 77 kanak-kanak perempuan, seorang bayi lelaki dan enam bayi perempuan.

Difahamkan, sehingga pukul 3 petang ini, hujan masih turun di sesetengah kawasan di Pulau Pinang manakala cuaca dilaporkan mendung di beberapa kawasan lain di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN