Audra ada aura, jadi pengacara pun okey - Utusan Malaysia

Audra ada aura, jadi pengacara pun okey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau sebut nama Sharifah Shahirah, siapa yang tidak kenal, bukan? Pelakon, penyampai radio, pengacara serba boleh, pendek kata, semua boleh buat!

Tapi kini tumpuan nampaknya beralih pula kepada anak dara comelnya, Audra, yang semakin hari semakin mencuri perhatian netizen di media sosial.

Cik Bunga perhatikan, makin ramai yang mula menyebut-nyebut nama Audra. Bukan sekadar wajah yang manis, gaya dan cara percakapan Audra pun ada aura tersendiri.

Bila buka mulut saja, petah sungguh! Tak hairanlah ramai yang rasa gadis ini memang born to be seorang pengacara atau pelakon.

Cik Bunga tengok, Audra ini ada karisma dan tidak kekok di depan kamera. Inilah pakej yang dicari dalam dunia hiburan sekarang.

Tapi, Cik Bunga nasihatkan Audra tidak payah fokus pada bidang nyanyian. Sebab, nampaknya menyanyi itu mungkin bukan jalan dia.

Bukan hendak kata apalah, terus-terang, Audra tidak ada kekuatan vokal macam Aina Abdul atau paling tidak pun macam Umairah. Tetapi kalau suruh Audra rap, rasanya itu pilihan terbaik. Kalau genre itu, Cik Bunga sokong.

Kalau tidak, biarlah yang berbakat vokal macam Aina Abdul atau Ernie Zakri teruskan perjuangan di pentas. Tidak begitu?

Tapi apapun, darah seni itu memang kita nampak pekat mengalir dalam keluarga mereka ini. Mungkin hari ini kita nampak Audra baru mencuba-cuba, tapi siapa tahu, esok lusa dia pula yang jadi wajah kesayangan Malaysia?

Dunia hiburan ini pula penuh dengan kejutan. Mana tahu rezeki Audra dalam bidang pengacaraan atau lakonan? Apa pun Cik Bunga doakan semoga Audra terus melangkah dengan gaya tersendiri. Tidak perlu tiru sesiapa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN