KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN bersepakat mempercepat pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN (APG) bagi memperkukuh hubungan tenaga rentas sempadan dan memastikan bekalan elektrik yang mampan serta mampu milik kepada lebih 680 juta penduduk rantau ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu menjadi tiang utama kepada masa depan tenaga ASEAN yang rendah karbon, bersepadu dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi rantau ini untuk mempercepat peralihan tenaga secara adil dan seimbang.…