KUALA LUMPUR: Negara-negara ASEAN disaran mewujudkan gerakan OneASEAN SME sebagai platform serantau memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau ini agar mampu bersaing di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gerakan itu penting untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan ASEAN menerusi perkongsian teknologi, latihan, jaringan pemasaran serta pembiayaan yang lebih inklusif antara negara anggota. Katanya, meskipun ASEAN merupakan rantau yang pesat membangun dengan gabungan lebih…