KUALA LUMPUR: ASEAN memperkukuh komitmen terhadap keselamatan dan kemampanan tenaga serantau melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Grid Tenaga ASEAN yang dipertingkat serta Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai keselamatan petroleum. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu merupakan antara inisiatif penting dalam membina masa depan tenaga yang lebih berdaya tahan dan mampan di rantau ini. “Dalam masa sama, ASEAN mengalu-alukan Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN…










