KUALA LUMPUR: Para pemimpin ASEAN menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung tiga hari bermula Ahad ini menjadi perhimpunan paling penting dalam menjadikan rantau ini sebagai jambatan antara kuasa besar dunia ketika mereka bersaing merebut pengaruh geopolitik dan ekonomi global. Justeru, mereka menaruh harapan tinggi agar sidang kali ini menjadi pentas untuk meredakan isu kritikal dunia termasuk perang di Gaza dan pencerobohan Russia di Ukraine dengan kehadiran Presiden Amerika Syarikat…










