PETALING JAYA: Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dikeluarkan bagi beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 1 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah. Di Perak pula, kawasan yang dijangka terlibat ialah…