Amalkan selawat dan doa pelindung - Siti Nurhaliza

Amalkan selawat dan doa pelindung – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 46, memanfaatkan doa-doa pilihan dan selawat sebagai pelindung diri daripada perkara tidak diingini.

Kata Siti, amalan-amalan tersebut perlu dilazimi lebih-lebih lagi oleh penggiat seni yang berkecimpung dalam dunia hiburan.

“Bismillah 5 antara amalan yang saya pelajari daripada ibu saya. Ia bagus dan sangat bermanfaat.

“Saya juga amalkan selawat serta doa pelindung. Selepas melahirkan Aafiyah, ibu saya selalu berpesan supaya amalkan doa-doa pelindung.

“Sejak itu saya juga selalu baca untuk diri sendiri,” katanya selepas sidang media album tebaharunya, Gema Bumantara di TGV Pavilion Bukit Jalil, semalam.

Perkongsian Siti itu susulan insiden malang yang menimpa anak saudaranya, Amad Dayyan yang rebah ketika pertandingan Talk To My Manager, baru-baru ini.

Mengulas mengenai insiden berkenaan, Siti memaklumkan kejadian seumpama itu antara lumrah dunia hiburan yang berpotensi dihadapi semua anak seni.

“Jadi Amad kena selalu berwaspada,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Siti memaklumkan bahawa ibunya, Siti Salmah Bachik antara individu yang selalu berpesan dan mengingatkan kepada beliau dan adik beradiknya mengenai kepentingan doa untuk sebagai pelindung diri.

“Ibu selalu pesan lebih-lebih lagi kepada anak-anaknya yang berkecimpung dalam industri seni yang terbuka ini.

“Kadang kala kita tersalah cakap, tak sedar apa yang kita lakukan. Jadi ibu memang akan selalu ingatkan anak-anak.

“Setakat ini, Alhamdulillah. Tak pernah berdepan perkara pelik. Wallahualam. Bukan nak kata diri ini bagus, tidak. Cuma kita kena sentiasa bersederhana dan jaga diri. Itu sahaja,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN