Air laut pasang besar, beberapa kawasan di Pelabuhan Klang dinaiki air

Air laut pasang besar, beberapa kawasan di Pelabuhan Klang dinaiki air

SEORANG pekerja di Terminal Penumpang Pulau Ketam, Klang, Selangor duduk sambil menunggu air laut surut akibat berlakunya fenomena air laut pasang besar pagi tadi. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Fenomena air laut pasang besar yang berlaku pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di sini dinaiki air laut.

Tinjauan Utusan Malaysia di Terminal Penumpang Pulau Ketam mendapati air laut naik ke darat iaitu sekitar Jalan Syahbandar kira-kira pukul 6.25 pagi dengan paras air mula memuncak iaitu pada paras lutut pukul 6.30 pagi dari jeti tersebut sehingga Jabatan Laut Malaysia, Pelabuhan Klang.

Air laut turut naik di Jalan Bagan Hailam, di sini, namun hanya pada paras buku lali sahaja. Bagaimanapun, tidak orang awam tercedera semasa fenomena itu berlaku.

Seorang peniaga, Mohd. Shahrul Izwan, 40, berkata, fenomena kali ini tidak seteruk tahun lalu yang mana air naik di beberapa kawasan di daerah ini.

“Air naik pun sekejap sahaja, tidak seperti tahun lalu yang mana air masih berada di darat sehingga pukul 8 pagi. Apapun saya bersyukur kerana cuaca baik. Hal ini membolehkan saya meneruskan perniagaan seperti biasa,” katanya.

Semalam media melaporkan sebanyak 17 kawasan terutama di Pelabuhan Klang mengalami fenomena berkenaan, dengan air laut dijangka sehingga 5.7 meter (m) pada hari ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN