Ahmad Razif terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Kaunseling Kebangsaan 2025

Ahmad Razif terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Kaunseling Kebangsaan 2025

AHMAD Razif Abd. Rahman (dua dari kanan) menerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Kaunseling Kebangsaan 2025 pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Keempat (MAPBK 2025).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kejayaan memperkasa bidang bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah serta komuniti mendapat pengiktirafan apabila tokoh pendidikan dari Terengganu diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Kaunseling Kebangsaan 2025 pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Keempat (MAPBK 2025) malam tadi.

Anugerah berprestij itu diterima bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abd. Rahman yang disampaikan wakil Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Saiful Afendi.

Ahmad Razif berkata, pengiktirafan tersebut bukan sekadar penghormatan sebaliknya satu amanah dan tanggungjawab besar untuk terus berjuang membentuk masa depan anak-anak khususnya generasi muda di Kuala Nerus.

“Saya akan terus melangkah dengan visi ‘Sebuah Sekolah Seorang Graduan’ dan ‘Sebuah Kampung Seorang Graduan 1st Class’ agar setiap anak Kuala Nerus diberi peluang untuk berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga serta masyarakat,” katanya ketika dihubungi.

Ujarnya, anugerah itu juga menjadi pemangkin untuk terus berbakti dengan penuh keikhlasan, membimbing dengan kasih sayang dan memimpin dengan hikmah demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berjiwa besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×