Aduhai, kalau sebut nama Riena Diana, memang sinonimlah dengan gaya bersahaja dan lawaknya yang bersahaja. Lagi-lagi apabila dia muncul sebagai Farida dalam drama Boleh Saya Bantu2?
Tapi, Cik Bunga hendak tegur sikit ini, sebab dalam satu babak drama berkenaan, watak Farida ditunjukkan sedang berangan seorang diri.
Sepatutnya nampak macam biasa-biasa sajalah kan, tapi entah kenapa… gaya lakonan Riena itu lain macam sikit.
Ada penonton kata, ekspresinya buat kita terfikir,
‘Eh, Farida ini tengah mimpi indah ke atau berangan lebih-lebih?’
Bak kata orang sekarang, over imagination. Sampai ada yang berseloroh di media sosial,
adegan itu kelihatan macam Riena asyik melayan perasaan dengan cara ‘dalam dunia dia sendiri’.
Haa, berani betul Riena serahkan diri dengan ekspresi sebegitu!Walaupun ada yang kata adegan itu agak ‘menggoda imaginasi’, tetaplah ia mencuit hati dan jadi bahan ketawa.
Cumanya, apa yang jadi tanda tanya, lepas pula babak itu di kaca TV?
Cik Bunga malas hendak tulis lebih-lebih, nanti ada yang panas punggung.
Cumanya, memang persoalan Cik Bunga, tidak apakah wujud babak sebegitu di kaca TV? Bukankah ada garis panduan tertentu?
Harap adalah pihak tertentu yang boleh jawab. Bukan apa, ramai juga yang perasan ia macam tidak kena.