9,737 kes remaja hamil luar nikah direkodkan dalam tempoh lima tahun

9,737 kes remaja hamil luar nikah direkodkan dalam tempoh lima tahun

FARIDAH Awang (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil-wakil IPT seluruh Kelantan yang menyertai Skuad Waja Siswa di UMK Kampus Kota, Pemgkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mendedahkan sebanyak 9,737 kes remaja hamil luar nikah telah direkodkan di negara ini dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Dr. Faridah Awang berkata, lebih membimbangkan kes tersebut melibatkan remaja seawal usia 10 hingga 19 tahun.

Katanya, maklumat tersebut berpandukan kepada jumlah pendaftaran yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan situasi itu dilihat sebagai perkembangan membimbangkan.

“Sejak Januari tahun ini hingga Ogos, sebanyak 1,116 kes jenayah seksual dilaporkan bagi kumpulan umur 19 hingga 30 tahun. Memburukkan lagi keadaan, seramai 1,091 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dikesan dijangkiti HIV antara tahun 2020 hingga 2024.

“Angka tersebut memberi gambaran jelas bahawa tahap kesedaran dan pendidikan berkaitan kesihatan reproduktif serta keselamatan diri masih rendah dalam kalangan remaja dan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Skuad Waja Siswa Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 yang dihadiri 500 pelajar dari pelbagai IPT serata negeri ini, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Faridah memberitahu, susulan itu JPW menubuhkan Skuad Wanita Anti Jenayah Siswa (Skuad Waja Siswa) di IPT sebagai platform rakan advokasi kampus bagi meningkatkan kefahaman mengenai isu keselamatan, jenayah dan kesihatan reproduktif.  – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN