848 siswa Maran terima manfaat inisiatif makmur

848 siswa Maran terima manfaat inisiatif makmur

SHAHANIZA Shamsuddin (tengah) bersama mahasiswa anak Pahang Parlimen Maran di Dewan UMNO Pekan Tajau baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 848 mahasiswa Parlimen Maran menerima manfaat bantuan pendidikan berjumlah RM339,200 di bawah Inisiatif Makmur (IM) Pahang Kluster Siswa 2025 sekali gus memperlihatkan komitmen negeri membantu penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Bantuan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan RM8 juta yang diagihkan kepada 20,000 mahasiswa anak Pahang di seluruh negara, dengan setiap penerima menerima RM400 secara sekali bayar.

Pengerusi Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP), Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, inisiatif berkenaan kesinambungan daripada Bantuan Prihatin Pahang yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya.

“Jika dahulu bantuan berjumlah RM300, kini kita naikkan kepada RM400 bagi menampung keperluan semasa mahasiswa,” katanya selepas menyampaikan bantuan di Dewan UMNO Bahagian Maran, Pekan Tajau, baru-baru ini.

Menurut beliau, sehingga kini seramai 15,712 pelajar telah menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan RM6.28 juta disalurkan kepada mahasiswa anak Pahang di seluruh negara.

Shahaniza yang juga Pengarah Sekretariat Siswa Anak Pahang menjelaskan, bantuan itu dikhaskan kepada pelajar tahun tiga ke atas, manakala pelajar semester pertama telah menerima Geran Pendidikan Yayasan Pahang berjumlah RM700. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN