PETALING JAYA: Kementerian Digital dengan sokongan Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI Peringkat Kebangsaan di Lot F, KL Sentral pada 18 Oktober ini. Kementerian Digital dalam satu kenyataan berkata, majlis itu akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo. “Lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada warga kementerian, rakan industri, komuniti setempat serta masyarakat pelbagai kaum dan agama dijangka menghadiri Majlis Rumah…