KLANG: Tujuh beradik antara lebih 3,000 pengunjung membanjiri pekarangan Jalan Istana di hadapan Galeri Diraja Abdul Aziz bagi menyaksikan perarakan diraja sempena Istiadat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Menurut Hawa Isa, 43, dia bersama lima kakak dan adik perempuannya memang merancang untuk menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut sejak baginda diumum melangsungkan perkahwinannya di Istana Alam Shah. Menurutnya, perkahwinan diraja khususnya di negeri ini adalah peristiwa penting dan bersejarah,…