BUKIT GANTANG: Sebanyak 3,000 ekar tanah di Bagan Datuk dikenal pasti sebagai kawasan baharu ternakan kerang bagi memperkukuh sektor akuakultur di Perak menjelang 2026. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, langkah itu penting bagi memastikan Perak kekal sebagai antara pengeluar utama hasil laut negara. Menurutnya, beberapa kawasan lain seperti Larut, Matang dan Selama, Kerian dan sepanjang pantai barat Perak turut…










