3 kapal Sumud Flotila dipintas Israel

Tiga kapal Sumud Flotila dipintas Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga kapal Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa.

GSF berkata, tiga kapal dikenali sebagai Alma, Surius dan Adara menjadi sasaran pemintasan dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam waktu Gaza.

Dalam pada itu, Sumud Nusantara berkata, kapal Sirius telah membawa seramai 4 orang delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Empat rakyat Malaysia berada di kapal tersebut iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Selain itu, kapal Alma pula membawa tiga rakyat negara ini iaitu, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil

Semalam, GSF telah memasuki zon merah yang merupakan laluan ke Gaza.

Perkara itu dimaklumkan oleh peserta GSF, Rahmah Ikhsan yang merupakan antara rakyat Malaysia menyertai misi tersebut.

“Allahuakbar, team Sumud Flotilla sudah masuk ke zon merah.

“Langit G (Gaza) menjadi saksi perjuangan mereka. Kita pula menjadi saksi perjuangan mereka,” katanya dalam Facebook beliau.

Beliau kemudian mengajak semua rakyat Malaysia untuk memanjatkan doa agar perjalanan mereka ke bumi Gaza berjalan lancar.

Terdahulu, sebanyak 10 buah dron dianggarkan berlegar dalam formasi mencurigakan mengelilingi ruang udara konvoi GSF yang sedang belayar menuju ke Gaza. 

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya mengesahkan terdapat cubaan intimidasi dari kapal tentera yang diyakini milik pihak Zionis Israel terhadap dua kapal flotilla, Sirius dan Alma.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN