BANGI: “Saya harap semua orang diberi peluang kedua dalam hidup. Saya berjanji, tidak akan sia-siakan peluang yang diberi.” Demikian luahan seorang graduan prospek penjara, Ravi (bukan nama sebenar), 32, yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia pada Majlis Konvokesyen SWCorp Kali Keempat di Pusat Kovension Bangi Avenue di sini, hari ini. Dia yang ditahan sejak tahun 2023 dan bakal dibebaskan tahun depan itu berjaya menamatkan pengajiannya selepas lapan bulan bertungkus lumus. “Usaha…