23 pekerja kilang sesak nafas akibat kebocoran bahan kimia

23 pekerja kilang sesak nafas akibat kebocoran bahan kimia

BAHAGIAN berlaku kebocoran bahan kimia di sebuah kilang di Bandar Proton, Tanjung Malim hari ini menyebabkan 23 pekerja sesak nafas dan pedih mata. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seramai 23 pekerja sebuah kilang di Bandar Proton di sini yang mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas berlaku kebocoran bahan kimia jenis isosianat hari ini berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, semua mangsa terhidu bahan kimia tersebut ketika melakukan kerja-kerja penyelengaraan.

“Kesemua mangsa yang berumur antara 19 hingga 45 tahun kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim telah berada di lokasi kejadian dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan nyah cemar bahan kimia,” katanya di sini hari ini.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN