ALOR SETAR: Stadium Darul Aman kembali bergema seperti era kegemilangan Double Treble apabila lebih 18,000 penyokong Hijau Kuning membanjiri venue keramat itu bagi menyaksikan perlawanan persahabatan antara skuad Ex Double Treble Kedah dan Ex Malaysia Legend, malam tadi. Sorakan penyokong bergema segenap penjuru stadium, mengembalikan memori manis zaman keemasan bola sepak negeri itu ketika Kedah gah merangkul dua kejuaraan treble berturut-turut pada 2007 dan 2008 di bawah kendalian Allahyarham Azraai Khor…