164 mangsa di Kedah masih berlindung di PPS - Utusan Malaysia

164 mangsa di Kedah masih berlindung di PPS

PETUGAS kesihatan memantau mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kediaman mereka dinaiki air di Pokok Sena. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 164 mangsa daripada 51 keluarga di negeri ini kekal ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Kota Setar dan Pokok Sena.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, 109 daripadanya merupakan mangsa yang terjejas di 10 kampung di Mukim Langgar, Kota Setar.

Katanya, antara kampung terbabit adalah Kampung Alor Raja; Kampung Makam Diraja; Kampung Limbong; Kampung Alor Setol; Pondok Haji Ahmad; Kampung Pokok Asam dan Kampung Tanjung Inggeris.

“Kesemua mangsa daripada 33 keluarga itu kini berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar yang mula diaktifkan sejak pukul 2.30 petang, semalam.

“Manakala di Pokok Sena, bilangan mangsa yang berada di PPS Dewan Serbaguna terus berkurang kepada 55 orang terdiri daripada 18 keluarga. Kebanyakan mangsa sudah pulang mengemas rumah masing-masing setelah air surut,” katanya di sini, hari ini.

Sebanyak tujuh buah penempatan terjejas banjir di Pokok Sena iaitu Taman Puteri; Kampung Sungai Durian; Kampung Permatang Limau; Kampung Temesu; Kampung Pulau Nyor; Kampung Kolon dan Kampung Kepala Bendang.

Katanya, tiada kemalangan jiwa membabitkan mangsa banjir di negeri ini setakat ini dan cuaca dilaporkan cerah sejak petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN