PETALING JAYA: Sebanyak 16 buah makmal Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) Jabatan Kerja Raya (JKR) akan dibina di seluruh Malaysia dengan anggaran kos keseluruhan RM40.2 juta. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia akan digunakan untuk mereka bentuk 3D bagi membina bangunan, jalan, jambatan dan projek binaan lain. “JKR akan ada makmal BIM di setiap negeri untuk projek khas menggunakan perisian komputer terkini selari dalam Rancangan Malaysia Ke-13.…