155 peserta sertai Program Maulidur Rasul Mualaf

155 peserta sertai Program Maulidur Rasul Mualaf Peringkat Negeri Kedah 2025

WAN Mohamed Yusfi Mohd Abdoh (tengah) bergambar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kontinjen Terbaik Daerah Kubang Pasu sempena Program Maulidur Rasul Mualaf Peringkat Negeri Kedah berlangsung di Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. – UTUSAN/ABD RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 155 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai acara anjuran Biro Haluan Fitrah Kedah dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sempena Program Maulidur Rasul Mualaf Peringkat Negeri Kedah berlangsung di Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Ketua Pegawai Agihan LZNK, Mohamad Suraidi Saad merasmikan acara itu, termasuk, Perbarisan Kontinjen Mualaf Daerah, Lintas Hormat Kontinjen Daerah, Penyampaian Tazkirah Maulidur Rasul, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Anugerah Kontinjen Daerah terbaik.

Pengarah program itu, Wan Mohamed Yusfi Mohd Abdoh berkata, Kontinjen Mualaf daerah Kubang Pasu muncul sebagai kumpulan terbaik, kedua, daerah Baling dan ketiga daerah Kulim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN