11 dasar Tribunal Anti-Buli diterima Kabinet, dibentang Parlimen 1 Disember

11 dasar Tribunal Anti-Buli diterima Kabinet, dibentang Parlimen 1 Disember

AZALINA Othman Said (dua kanan) pada Peluncuran Garis Panduan Khas Pengendalian Kes-Kes Keselahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2025 di Istana Kehakiman Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 11 dasar utama dalam Rang Undang-Undang Tribunal Anti-Buli diterima sepenuhnya Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet dan dijangka dibentangkan di Parlimen 1 Disember ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, selepas dasar tersebut diluluskan, RUU itu kini sedang disiapkan untuk dibawa ke mesyuarat Kabinet bulan depan bagi pertimbangan dan kelulusan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi, semua 11 dasar diterima sepenuhnya oleh ahli-ahli Jemaah Menteri. Selepas ini, kita akan bawa Rang Undang-Undang Tribunal Anti-Buli ke Kabinet. 

“Harapan saya, insya-Allah, jika semuanya berjalan seperti dirancang, bacaan pertama boleh dibuat pada 1 Disember dan diikuti bacaan kedua serta ketiga pada minggu yang sama,” katanya ketika sidang akhbar di Istana Kehakiman, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan sedang meneliti mekanisme penubuhan Tribunal Anti-Buli sebagai platform khas untuk menangani kes buli secara lebih cepat dan efisien tanpa membebankan mangsa melalui proses perundangan yang panjang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN