ARAU: Tidak mahu menyusahkan keluarga, seorang anak muda sanggup menempuh perjalanan lebih 500 kilometer (km) dari Sepang ke Perlis dengan menunggang motosikal untuk mendaftar sebagai pelajar baharu di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini, semalam. Muhammad Zahirul Hakim Zali, 22, mengambil masa selama lapan jam perjalanan untuk sampai ke universiti berkenaan yang disambut oleh Naib Canselor Unimap, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli di pintu utama kampus universiti berkenaan kira-kira pukul…