PETALING JAYA: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Malayan Banking Berhad (Maybank), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) menganjurkan Program Inspirasi CSR ‘Menghulur Bantuan’ di Dewan Wawasan SMSS, di sini hari ini. Program bermula pukul 8 pagi dengan ketibaan peserta PPREPKOM sebelum diteruskan dengan sesi ice-breaking dan latihan berkumpulan bertemakan ‘Semarak Semangat’. Peserta turut mengikuti sesi perkongsian inspirasi oleh wakil Maybank serta motivasi daripada alumni SMSS,…