KUALA LUMPUR: Tiga resolusi utama meliputi penyertaan politik wanita, ekonomi penjagaan dan pembangunan kemahiran digital diluluskan dalam Mesyuarat Ahli Parlimen Wanita AIPA (WAIPA) sebagai langkah memperkukuh agenda kesaksamaan gender di rantau ini. Pengerusi WAIPA, Alice Lau Kiong Yieng berkata, resolusi berkenaan menegaskan komitmen negara anggota AIPA untuk memperkasa kedudukan wanita dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan teknologi digital. Katanya, resolusi pertama menegaskan kepentingan memperkukuh penyertaan wanita dalam dunia politik…