MELAKA: Rukun Negara yang akan menyambut ulang tahun ke-55 tahun ini masih relevan sebagai tunjang perpaduan dan identiti nasional, meskipun berusia lebih lima dekad. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan untuk menjadi kompas moral dan pedoman bangsa merentas zaman. Katanya, generasi muda sepatutnya memainkan peranan sebagai pewaris yang bukan setakat menghafal lima prinsip Rukun Negara tetapi perlu menghayatinya.…