UMNO tadbir Sabah lebih 3 dekad, GRS baru 3 tahun dah dabik dada - Ahmad Maslan

UMNO tadbir Sabah lebih 3 dekad, GRS baru 3 tahun dah dabik dada – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: “Barisan Nasional (BN) sudah membangunkan Sabah lebih 34 tahun, menunjukkan parti itu lebih memahami kemahuan rakyat tempatan,” kata Ketua Sekretariat War Room UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, walaupun BN dilabel sebagai “parti Malaya” oleh lawan politik khususnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hakikatnya banyak asas pembangunan yang dinikmati rakyat ketika ini adalah hasil pentadbiran BN.

Beliau memberi contoh projek berimpak tinggi termasuklah pembinaan lebuh raya Pan Borneo, Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Projek Ammonia dan Urea Sabah (SAMUR) dan Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu.

“Mereka kata kita parti Malaya tetapi kitalah telah memajukan Sabah selama 34 tahun, GRS baru tiga tahun ada di Sabah tetapi bukan main mereka dabik kata parti lama.

“BN adalah parti lokal dan nasional, dalamnya ada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang 100 peratus tempatan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra dengan UMNO Libaran.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut meminta ahli parti itu lebih mengenali musuh dan berharap tiada kerjasama dengan GRS dan Warisan.

“Bebas yang dikatakan mahu tanding 10 kerusi pun musuh kita,” katanya.

Ahmad juga yakin kemampuan UMNO Libaran untuk mengekalkan DUN Sungai Sibuga dan Sungai Manila selain merampas kerusi Gum-Gum.

“Saya lihat persediaan cukup rapi dalam menghadapi PRN, tidak mustahil boleh menang besar nanti,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN