PADANG BESAR: Kastam Perlis merampas sebanyak 28 kilogram (kg) ganja mampat dianggarkan bernilai lebih RM86,800 dalam operasi di kawasan berbatu pesisir pantai Sungai Padang, Simpang Empat pada 30 Ogos lalu. Ganja di dalam tiga guni berkenaan ditinggalkan di celah kawasan berbatu di kawasan pantai berkenaan untuk diambil individu lain. Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, pihaknya menemukan tiga guni mencurigakan dipercayai ditinggalkan di kawasan pantai dan menunggu kehadiran mana-mana individu…