PETALING JAYA: Tiga individu parah manakala seorang lagi cedera selepas kereta Nissan Grand Livina dinaiki mereka terbabas di Lebuh Raya Persekutuan sebelum persimpangan Templer di sini, awal pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.35 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian. Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya…










