JOHOR BAHRU: Cubaan menyeludup rokok bernilai RM225,600 digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam serbuan di sebuah jeti berhampiran Sungai Sanglang, Jalan Tebing Kiri, Ayer Baloi, Pontian awal pagi tadi. Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi itu, tiga individu berusia 19 hingga 69 tahun ditahan. Beliau berkata, sepasukan pegawai polis dari Unit Risik Marin bersama Bot Ronda RH71 melakukan intipan…