PETALING JAYA: Tiga kawasan perlindungan di negara ini diiktiraf secara rasmi sebagai ASEAN Heritage Parks (AHP). Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam satu kenyataan berkata, tiga kawasan tersebut ialah Rezab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Pahang, Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir di Sarawak. Katanya, pengiktirafan itu diumumkan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Alam Sekitar ke-18 (AMME-18) yang berlangsung di Langkawi pada 3 September 2025 dengan dipengerusikan…











