JOHOR BAHRU: Sikap tidak lokek berkongsi ilmu dan sering membantu rakan-rakan dalam pelajaran menjadi pencetus kejayaan bagi M. Datshan, 22, yang menerima Anugerah Pengarah sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Ke-30 di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS, di sini semalam. Lebih membanggakan graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) yang memperoleh Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.77 itu turut menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum hasil dedikasinya sepanjang tiga tahun…










