LOS ANGELES: Pelakon, Dwayne Johnson tampil memberi penjelasan mengenai perubahan fizikalnya yang menjadi sorotan di media sosial baru-baru ini.
Johnson, menerusi program In Conversation With sempena Festival Filem Antarabangsa Toronto baru-baru ini berkata penurunan berat badannya adalah untuk sebuah karakter yang dibawakannya dalam filem Lizard Music.
“Filem itu berdasarkan novel yang dikarang Daniel Pinkwster.
“Menerusinya, saya melakonkan seorang warga emas berusia 70 tahun yang digelar Chicken Man.
“Kerana filem ini, saya lakukan transformasi untuk watak, seperti yang saya lakukan untuk drama Smashing Machine,” katanya.
Johnson yang juga bintang WWE sebelum ini menjadi bualan ramai apabila sebuah gambar yang menunjukkan bentuk tubuhnya menyusut tular di media sosial.
Disebabkan itu, ramai netizen yang membuat andaian kononnya Johnson, 53, sedang berdepan masalah kesihatan.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu dalam masa yang sama memaklumkan tentang proses penurunan berat badannya yang masih berterusan.
“Saya belum selesai, masih jauh lagi untuk dapatkan fizikal yang diperlukan bagi watak berkenaan,” ujarnya.