LIPIS : Seekor tapir ditemukan mati di bawah pokok buah-buahan dipercayai termakan racun di Kampung Putu, dekat sini, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Putu, Shafi’e Ibrahim berkata, bangkai tapir itu dijumpai di bawah pokok dalam kampung itu oleh seorang penduduk ketika pulang bekerja pada pukul 7.30 petang. “Terdapat cairan darah keluar dari duburnya. Saya menghubungi kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Lipis dan kemudiannya datang…