KOTA KINABALU: Seramai tujuh orang disahkan meninggal dunia dan tiga lagi masih belum ditemukan dalam tiga kejadian tanah runtuh yang berlaku sejak semalam. Dua daripada mangsa yang maut adalah daripada Kampung Mook, Papar manakala lima lagi maut dalam kejadian di Kampung Cenderakasih, Kolombong, Inanam dekat sini. Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian. Dua mangsa turut ditemukan tertimbus dalam kejadian Kampung Marahang Tuntul, Papar namun keadaan…










