Tanah runtuh: Tiga maut, enam masih hilang

Tanah runtuh: Tiga maut, enam masih hilang

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua mangsa tanah runtuh di Kampung Mook, Papar dekat sini pagi tadi disahkan meninggal meninggal dunia selepas dikeluarkan daripada runtuhan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi berkenaan.

Jelas kenyataan itu, pihaknya menerima panggilan kecmasan pada pukul 10 pagi tadi yang memmaklumkan terdapat kejadian tanah runtuh membabitkan tiga buah rumah di kampung berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Hamdani Harith yang turut membabitkan tiga anggota daripada balai bomba berkenaan dan enam anggota daripada Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm). Operasi turut disertai Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Sementara itu, pasukan dari BBP Papar berjaya mengesan dua mangsa tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar.

Pada ketika ini, usaha untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan. Anggota-anggota terlibat juga sedang mengesan eorang lagi mangsa.

Operasi diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Imamat Tawarid dan memlibatkan 16 orang anggota.

Selain itu, pada waktu hampir sama di lokasi berlainan, tanah runtuh turut berlaku dekat di Kampung Cenderakasih, Kolombong dekat sini membabitkan sebuah rumah kediaman.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, kejadian membabitkan 11 orang mangsa yang mana empat daripadanya selamat apabila berjaya keluar sendiri daripada runtuhan tanah tersebut.

“Seorang mangsa dijumpai meninggal dunia oleh pasukan penyelamat. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi. Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan tersebut. Difahamkan terdapat enam lagi mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian itu.

Operasi di Kampung Cenderakasih diketuai Ketua Komander, Pegawai Bomba Kanan I Wilfred Sulai dan membabitkan seramai 21 orang anggota daripada balai bomba berkenaan termasuk unit K9.

Operasi turut disertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini