KOTA BHARU: Polis mencadangkan penelitian semula terhadap peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes rogol membabitkan hubungan suka sama suka remaja bawah umur, yang ketika ini hanya mengenakan pertuduhan terhadap pelaku lelaki. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, walaupun kedua-dua pihak terbabit secara rela, namun hanya lelaki boleh didakwa di bawah undang-undang semasa. Katanya, perkara itu dilihat tidak adil dan peruntukan undang-undang berkenaan perlu diteliti semula agar tindakan turut…