Suspek tikam pasangan maut ditahan di Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Suspek tikam pasangan maut ditahan di Kuala Terengganu

SUSPEK berusia 29 tahun yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh wanita dan peniaga telefon bimbit di Kompleks Mahkamah Sungai Petani, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 29 tahun yang disyaki menikam seorang wanita dan bakal tunangnya hingga maut di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan, malam kelmarin  diberkas polis di Kuala Terengganu, semalam.

Suspek ditahan di hadapan sebuah kedai di tepi jalan kira-kira pukul 9.45 pagi sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani, hari ini. Majistret Noor Fazlina Musa membenarkan dia direman enam hari sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Peguam mewakili suspek, Abdul Hayyi Salim berkata, anak guamnya yang bekerja di sektor swasta dan sedang mencari pekerjaan di Kuala Lumpur berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan status hubungan suspek dengan mangsa wanita masih dalam siasatan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan tragedi berdarah itu menyaksikan seorang lelaki dan seorang wanita ditemui maut dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan. Mangsa lelaki dijumpai tertiarap di atas jalan di hadapan sebuah rumah, manakala mangsa wanita ditemukan di dalam kereta jenis Proton Wira berhampiran lokasi sama.

Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut polis. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN