Suspek tikam isteri, rakan lelaki disambung reman

Suspek tikam isteri, rakan lelaki disambung reman

Poster Jenayah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dan rakan lelaki wanita itu dalam kejadian di Taman Nona, Guar Cempedak, Khamis lalu, disambung reman enam hari lagi hingga 24 September.

Perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Fazlina Musa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini. Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Harmizi Abdullah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, mangsa lelaki yang berniaga telefon bimbit serta seorang wanita ditemui maut dengan 28 kesan tikaman dan kelaran. Suspek dipercayai bertindak demikian selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan mangsa.. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN