Sumud Flotilla kini hanya 250 batu nautika dari Gaza

Sumud Flotilla kini hanya 250 batu nautika dari Gaza

KAPAL misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla  (GSF) berlabuh di selatan Crete, Greece selepas dilaporkan mengalami serangan dron pada 25 September lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini sudah berada di zon kuning iaitu kira-kira 250 batu nautika dari pantai Gaza yang disifakan sebagai zon berisiko tinggi.

Pelayaran kira-kira 46 kapal GSF itu kini diiringi oleh kapal tentera laut Türkiye untuk memasuki zon merah yang dijangka memakan masa sekitar 48 jam.

Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat yang merupakan antara sukarelawan terbabit dalam misi itu berkata, kapal Tentera Laut Turkiye masih mengiringi pelayaran mereka.

“Alhamdulillah, sudah separuh malam dan semuanya masih indah serta tenang.

“Semua kapal berjaya melepasi zon kuning dan kapal Tentera Laut Turkiye masih bersama kami,” katanya dalam hantaran melalui Facebook miliknya, hari ini.

Sementara itu, GSF dalam kemas kini di Instagram pula memaklumkan, kapal Jeannot III dan Estrella yang menyertai pelayaran terbabit kini berada hanya 270 batu nautika dari Gaza, dengan ketibaan dianggarkan dalam masa tiga hari.

Katanya, dalam satu hari setengah lagi, mereka akan memasuki zon berisiko tinggi di mana flotila sebelum ini telah dipintas.

“Di sinilah kewaspadaan dan solidariti global amat diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, GSF turut memaklumkan bahawa semua peserta dalam kapal Johnny M telah dipindahkan dengan selamat selepas kapal terbabit mengalami kebocoran di ruang enjin, namun perkara itu tidak akan menyebabkan kelewatan terhadap misi mereka.

“Setiap saksi amat penting. Tolong teruskan pemerhatian anda terhadap mereka. Keselamatan mereka bergantung pada pemerhatian dunia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN